Saturday, December 12, 2009

Cerita si gadis dan si teruna

Si Gadis memang sudah lama menaruh hati pada Si Teruna. Mereka pula memang dah kenal lama. Tetapi Si Gadis segan mahu keluar mencari timba. Si Teruna pula jenis lelaki dingin ala2 watak hero anime Jepun. Si Teruna melayan Si Gadis sama bagaimana dia melayan rakan2 gadisnya yang lain. Tidak pernah menunjuk minat terhadap Si Gadis.
Si Gadis banyak kali cuba menarik minat Si Teruna. Hasilnya sifar.

Hingga pada suatu hari, Si Gadis, Si Teruna dan rakan2 mereka yang lain sama2 berkelah di tepi pantai. Si Gadis mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan percubaan terakhir untuk memikat Si Teruna.

Sebelum ke pantai, Si Gadis telah memperuntukan sehari suntuk di tiga kompleks membeli-belah untuk mendapatkan kostum pantai yang paling menarik yang diharap dapat membuat Si Teruna berpaling berkali-kali.

Maka sampai sahaja di pantai, Si Gadis terus menukar T-shirt dan jeans pendeknya kepada baju mandi satu picis berwarna putih dan dipakai kain paroi berwarna hijau berjalur emas. Bedak asas disapu nipis , bibir dikilatkan dengan pelembap dan mata digariskan dengan warna perang lembut untuk mendapatkan hasil yang nampak semulajadi. Rambut diikat kemas dan tinggi untuk menampakkan lehernya yang jinjang dan lembap disapu Vaseline.

Setelah menunggu matahari condong sedikit, barulah Si Gadis keluar. Si Teruna sedang berbaring di tepi pantai, keletihan selepas berenang. Rakan2 yang lain berteduh di bawah payung yang dibawa bersama.

Rakan2 terkesima memandang Si Gadis yang keluar dengan penampilan yang agak luar biasa. Mereka memuji2 keanggunan Si Gadis. Si Gadis tersipu-sipu bangga sambil mata melirik ke arah Si Teruna yang menghampiri dirinya.

Si Gadis mendongak memandang Si Teruna yang berdiri di depan mata. Si Teruna tersenyum kecil sambil meletakkan tuala di atas tikar dan terus berlari dan melemparkan diri kembali ke laut.

Senyum Si Gadis mati. Hatinya koyak, Mukanya terasa membahang. Si Gadis berjalan ke gigi air sambil membasahkan kaki, memastikan dirinya dapat dilihat Si Teruna. Si Teruna langsung tak menoleh dan terus bermain dengan ombak.

Si Gadis merasa semuanya sia-sia. Si Teruna memang tak pernah sukakan dia. Mungkin tak pernah berminat mahu memandang dia sekalipun. Sia-sia!!

Dia ternyata dingin! Tak berbaloi untuk ku usahakan ! Jerit hati Si Gadis. Si Gadis merajuk. Perlahan2 dia berjalan membawa diri jauh dari rakan2 dan si Teruna. Di balik batu besar dia terduduk melayan hiba.

Matahari sudah semakin menghilang. Si Gadis masih belum muncul. Rakan2 tertanya, Puas dicari tak berjumpa. Puas dipanggil dijerit namun tak bersahut. Si Gadis rupanya tertidur di balik batu besar didodoi jiwa luka.

Malam sudah berlabuh. Suasana semakin dingin. Rakan2 sudah semakin kelam-kabut. Ada yang sudah mula menangis. Si Teruna mengeluh lalu merelakan diri membuat aduan kepada pihak keselamatan yang bertugas.

Hilang saja dari pandangan rakan2, Si Teruna memecut dengan dada yang hampir pecah. Akalnya serabut dan langkahnya terasa perlahan walau selaju mana dia berlari. Sampai sahaja di pondok keselamatan, seorang pakcik tua menenangkan Si Teruna yang kesemputan. Dengan mata merah bergenang Si Teruna merayu.

Tolong carikan gadis saya. Tingginya 5 kaki 6 inci dan berat 48kg. Kulitnya sawo matang tetapi gelap sikit selepas bermandi matahari tadi. Baju mandinya warna off-white dan kainnya warna hijau tua dengan jalur emas. Dia memakai rantai perak pendek dengan buah rantai berbentuk rama-rama. Rambutnya hampir mencecah pinggang dan hari ini diikat tinggi dengan getah rambut hijau dihias bunga matahari kecil. Dia juga memakai wangian berbau bunga jasmin. Boleh dipastikan dengan melihat tanda lahir sebesar syiling lima sen di belakang bahu. Tolong ya pakcik..
(tak sangke teruna tu serba tahu psl si gadis & do care bout her.)

Air mata Si Teruna jatuh. Butir bicaranya tak keruan. Dipanjatkan doa agar Si Gadis dapat ditemui. Si Gadis masih dibuai tidur di balik batu besar dengan percaya yang Si Teruna tidak pernah mahu memandangnya.

P/S: the conclusions?? think it ur self.

[TQ to Aisyah for diz story!!]

No comments: