Friday, July 20, 2012

Assalamualaikum.

Di sini saya Nurasyikin Roslan atau korang sume panggil ikin, syikin, kimi or etc ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat sume sahabat di; sembaka, sg.choh, serendah, CICT, colmar tropicale, 508@Mokhdar, grand continental, genting, starbucks dll jika tak tertulis kat sini. buat sume sahabat yang kenal aku tak kira kat mana korang berada, aku sentiasa ingat and tak pernah lupa korang. pada sesape yang tak ditag tu mintak maaf ye. over limit dah nak tag. tak lupa juga pada family family aku, sepupu sepuku aku. and pada barney jugak, selamat berpuasa barney♥. cuma satu, hanya jarak dan masa yang pisahkan kita. jadi dengan ingatan tulus ikhlas aku pada korang aku ucapkan selamat berpuasa 2012!! semoga Allah jualah yang mengadili setiap amalan dan kebaikan yang kita buat. semoga Allah jualah yang melimpahkan segala rahmat dan rezeki buat kita semua. aku sayang korang!! ♥ salam RAMADHAN.
Sory kalau ada yang prasan words kat atas tu actually aku copy paste jew dari FB aku. tak pew kan. yang penting aku sentiasa ingat kat korang sume sahabat sahabat aku. digital kad macam nie jew yang aku mampu nak bag. nak sms sorang sorang pown telan duit jugak. kalau yang mana whassap or bbm tu lepas larr kan nak sms satu satu. Tapi yang penting amalan ibadah puasa kita tahun nie mudah mudahan diberkatiNya. InsyaAllah. . .

So sahabat sahabat aku semua tak kira dari mana pown aku kenal korang, aku doakan semoga semuanya still ingat aku lagi walaupun jarak dan waktu jaoh pisahkan kita. And semoga amalan di bulan Ramadhan nie sentiasa mendapat berkat Allah s.w.t. Dari jarak dan waktu yang terpisah jaoh nie aku kirimkan dengan ingatan tulus ikhlas, SALAM RAMADHAN al Mubarak. Aku sayang korang sume! (a, br, s, ir dan lain lain). Sory tq!

P/s: Rasa nak jew type satu satu nama nama korang. Tapi tak mampu. Takut ada yang terlepas pandang nanti ada pulak yang kecik hati. Peace!

Wednesday, July 18, 2012

fun at the peak!!


Assalamualaikum.

Bila baca jew tajuk macam kat atas nie, mesti sume orang taw kan or dapat figure kan apa yang bakal aku nak citer or bebel kat sini kan kan. Actually tu merupakan satu tag line larr untuk satu pusat percutian pelancong dari seluruh pelusuk dunia nie. Cewaaaaah! Ayat nak gempaq ala bombastik jew kan aku. Sebenarnye tu tag line untuk theme park Genting Highlands. Bila cakap jew pasal theme park Genting, mesti majoriti tahu apa tag line yang patit disebut. "Fun at The Peak". Itu larr dia. So, Genting jew larr tempat aku slalu lepak. Coz untuk sampai ke puncak dari rumah aku just amek masa setengah jam jew.

Berbaloi larr dari aku keluar pegi KL dengan sesak lagi. Nak cari parking pown susah. Fade up larr dok KL tu. Naik Genting jew senang bagi aku. Dekat sangat dengan rumah, tak sesak, parking senang and FREE! Yang paling penting bila naik atas tu dapat jumpa barney! Tabby Sally sume ade. Haha! Mascot Genting pown nak naik name dalam blog aku kan. So Sabtu lepas bersamaan 14/07/2012 aku bawak adek aku yang teringin nak main theme park tu naik Genting. 

Naik larr kitorang berdua jew. FYI, dulu harga tiket untuk outdoor theme park cuma RM33 jew. Tapi tanpa aku sedar time aku pegi nie tiket outdoor theme park jew dah RM50. You see!! RM50 untuk luar sahaja. Mahal dah kan. Naseb baik aku ade annual passport. Annual passport tu valid untuk setahun. Harga annual passport tu dalam RM170++ untuk 365 hari. Means kalaw dikira sehari kos untuk masuk theme park cuma +-RM0.47sen sahaja. Berbaloi sangat kan kalau nak dibandingkan dengan sekali masuk RM55.

Time naik tu barney keje petang. jumpa pown kejap jew before aku nak balik. Macam tu larr kitorang. So kalau dah posting nie mesti tak sah larr kalau tak ade gambar kew instag kew pixloromatic kew kan kan. So selamat melihat gambar gambar yang dah berjaya diambil! Peace!

Me and adik tengah drive antique car.

Adik drive the antique car.

Nie larr dia kereta antik tu. Dah season dah aku tengok. Tak sabar nak terjah LEGOLAND! weehhoo!

Yang trek merah bertiang biru tu Flying Coaster. Benda tu macam roller coaster larr cume bertemakan Spider Man. So bile nak naik tu kena meniarap macam super hero tu then baru larr die terbang.

The big fountain.


Kalau korang berdiri dekat ride yang bertemakan lanun, nie larr pemandangan yang akan korang nampak. Cer teka ride apa? Tak pew larr. Biar aku kasi tahu. Pirates Ship. You got it? Its Pirates Shippppppp! Tapi picture nie aku snap time dalam monorail larr kan. So the view nampak lagi luas.

Nie adik yang snap. Tah ape ape gambar tah. Macam nak delete jew dari phone. Tapi bila tengok ride nie ride barney, macam kena simpan and kena post kat sini plak bagi orang tengok. Haha!

Sama larr dengan yang nie. Cuma yang nie better larr sebab aku suka crousel. Tak taw nape aku suke crousel. Lagi lagi kalau die besar, lagu die best and lighting die cantik. Bagi aku crousel yang nie paling aku suke sebab lagu die slow jew. Then die agak besar and paling penting nie ride barney. Again! Oppss!

Yang nie muka budak jakun excited nak naik kuda pusing.Kuda pusing tu adalah crousel. Ok Upin Ipin pown taw benda tu. Kbai!

Excited kan!! Naseb tak der adek kecik. Kalau tak dah lama aku tinggal die nie pusing pusing sorang sorang atas kuda nie. Fiuuhh!

Ok, habis RM10 aku beli waffer tu. Ok waffer kosong kat Genting 1 RM5 ye. Dekat bawah or even KL dalam RM3 jew. Ok First World Hotel blakang tu besar. Daaa~

Budak kurus keding tinggi kesejukan sebab berat badan makin turun and lemak semakin hilang dalam tubuh and menyebabkan badan susut dengan mendadak.
So tu larr sedikit gambar yang dapat aku kongsi and share kan dengan korang. OK! kongsi=share adalah benda yang sama. Grammar bahasa rojak yang sangat teruk di situ. Ye nampak sangat kesilapan di situ padahal time berblogging boleh jew tekan button DELETE or BACKSPACE tu kan kan kan. Ini larr ragam blogger rasanya. Budaya kowt. Layanannn. Yang penting blog ber-update kan. Teheee. Peace. Saranghae!

P/s: TIPS sebelum korang terjah naik Genting kalau korang tak ada transport sendiri, better korang call nombor nombor yang sepatutnya kat Genting tu untuk update perkhidmatan Genting Skyway or Cable Car or Bus Shutle untuk amek taw tu sama ada perkhidmatan untuk satu satu hari tu bukak atau tutup untuk servicing. Sebab kalau korang tak call update dulu nanti korang perlu beratur lebih dari sejam hanya untuk tunggu giliran naik bus. So nie antara link yang korang boleh cek and call untuk dapatkan bantuan:
link untuk express bus info
link untuk taman tema

So aku harap sedikit info and cerita dari aku nie akan dapat membantu korang. And pada korang kalau ada apa apa tips bercuti yang nak disharekan pown boleh larr kongsi kongsi di komen aku nie. Mugkin mengenai harga hotel kew. Harga tiket kew. Tempat tempat makan yang menarik kew. Tempat shopping kew. Boleh jew. Lai lai! Peace!

kenangan mematangkan hidup

 #Gambar hasil Note aku sendiri
Assalamualaikum
Cantik kan gambar atas nie? Rasanya tak ramai antara you all yang boleh snap gambar kat atas nie tiap kali celik dari tidow. So bertuah tak aku celik celik jew mata dari tidur pemandangan macam kat atas nie ada depan mata. Alhamdulillah. Mungkin nie larr pertukaran yang Allah beri kat aku atas sebab aku jarang balik rumah kalau time kerja. So, mungkin Allah gantikan segala kepenatan aku berkerja, kerinduan kat rumah and keluarga *padahal jarak rumah aku dengan tempat nie cuma 30minit aje ok. CUMA 30minit*. Tapi atas beberapa sebab telah menghalang aku untuk balik ke rumah tiap hari. Perantau larr kata kan. Emmm. 30minit dari rumah boleh kira perantau kew? Bole larr kan. Coz aku tak duduk rumah.

Aku tak sebertuah orang lain yang dapat melalui kehidupan macam yang dorang impikan. Dapat melalui kehidupan macam yang dorang angan kan dalam diari. Or dapat menjalani kehidupan macam yang dorang tulis dalam Note. hehe! Or dapat menjalani kehidupan macam yang diimpikan tat kala bercerita dengan sang barney. Eh! silap silap. Maksud aku sang kekasih hati. 

Walau apa pun aku sentiasa bersyukur dan ada kalanya belajar bersyukur dengan setiap apa yang terjadi, setiap apa yang aku lalui dalam kehidupan aku. Sebab baik buruk sesuatu tu kan datang dari Allah. Jadi kita sebagai hamba Allah yang lemah dan kerdil nie tak boleh meragui atau pertikaikan setiap apa yang ditakdirkanNya. Ingat ye adik adik *bercakap nada Kak Ros. hehe!*. 

So konklusi untuk post kali nie, is BERSYUKUR. Boleh kew? Actually aku dah lama sangat jap aku tekan kan skit laaaaaamaaaa saaaaaaangatttttttttt dah tak post kat blog nie. Sebab posmen mogok. Oppss! Tapi yang penting sepanjang aku tak menaip, menge-post, membebel, merapu kat sini, sepanjang itu jugak larr terlalu banyak benda dan pengajaran yang aku lalui yang sesungguhnya tersangat larr banyak kalau nak aku kongsikan. So daripada aku post banyak banyak then tak ada orang nak baca or komen, lebih baik aku pendam kan saja. *Tacing konon*. Ok gedik!

Tapi insyaAllah untuk kepuasan hati aku jugak berikutan aku tengok semakin ramai blogger berlumba lumba menge-post, aku akan rajin kan hati nurani and jari jemari aku nie untuk menaip and menge-post kat sini. Mungkin cerita cerita sepanjang aku senyap or mungkin cerita cerita terbaru. InsyaAllah. . .

Atas sebab korang dah membaca karangan 365 patah perkataan nie, aku nak share larr sedikit gambar selama aku senyap nie, Enjoy! Saranghae!

Gambar nie time aku balik dari amek adik aku di UniMap mase die nak balik cuti sem bulan lepas. Singgah larr holiday kat Pineng nie jap sebab dah 8 tahun aku se-family tak mai sini. Cerita lanjut insyaAllah nanti ye.


Yang nie still gambar di Pineng. Cer teka gambar nie kat mana? Larr. Kan dah kata kat Pineng. Booo! Ok larr. Gambar nie kat Bukit Bendera Pineng. Sesampai jew keluar jew dari tren terus snap kat sini sebab cantik sangat plus dengan terasa sikit jakun coz dah lama sangat ceq tak mai atas nie. Sikit jew jakun tu ok.


Yang nie skali tengok jew dah taw pown kan apa bonda eh. Nie larr dia apam polka-dot. Yang nie 3rd trial aku yang aku buat khas nama barney. 1st trial rasa ok, rupa tak ok. 2nd trial rasa ok, rupa ok. Yang 3rd trial nie rasa KO, rupa KO just reka-corak jew ok. Hampeh!



Sapa tak tau gambar nie snap kat mana bukan 1Malaysia larr dia kan. Gambar nie dah tentu larr kat Bukit Ampang. Mesti ramai ingat aku dating kat sini kan. Salah anggapanmu itu. But betul. Haha! Faham tak? Actually ayah yang bawak aku se-family datang sini. And barney pown ikut time nie. Coz adik aku teringin sangat nak tengok tempat nie. Coz die datang sini time kecik. Aku plak nak jugak feeling dating kat sini macam mana. Hehe! Coz aku memang tak dibenarkan datang tempat tempat macam nie berdua duaan. Bahaya kan kan kan. So, time ayah bawak adek datang tunjuk tempat nie, aku amek kesempatan larr skali feeling feeling jap ngan barney tengok orang date kat atas nie. Huhu! Itu larr ceriteracita bout diz picture.

So korang doa doa larr supaya aku rajin untuk meng-upload lagi lagi dan lagi. Coz dah banyak sangat aku tak share ngan korang. Latest oicture dalam Note aku nie pown semakin beranak pinak. So, insyaAllah dirajinkan aku nie so that kita boleh jumpa lagi kat sini. Aminnnn.

Monday, February 27, 2012

OTW

Before, jalan yang dilalui macam nie;

Kemudian alhamdulillah. atas bimbingan, jalan dilalui menjadi lurus macam nie;

Tetapi sebenarnya tak pasti jalan yang lurus nie berapa jauh. Jarang menoleh melihat cermin pandang belakang;

Sehingga tak sedar apa yang dah tertinggal atau terlupa;


Dan akhirnya jalan yang lurus menjadi jalan yang berliku semula. Dan baru sedar akan papan tandanya;

Kini terasa perlu ambil jalan untuk u-turn;

Tapi entahkan ada atau tak jalan untuk u-turn tu. Sebab tanda u-turn yang dijumpai sepanjang perjalanan cumalah ini;

Dan dalam keadaan ini hanya mampu untuk berdoa berdoa dan berdoa. Merayu tapi tetap berserah pada yang Esa;

Terasa memerlukan sokongan kekuatan semula serta bimbingan dari yang berhak;


Semoga jalan yang berliku segera bertemu jalan yang lurus. Atau mugkin akan menjumpai tanda dibenarkan u-turn;

Atau mungkin harus meneruskan saja perjalanan tanpa perlu u-turn. Semoga diberi petunjuk dan dipermudahkan segalanya olehNya. i'Allah.

p/s: kadang kadang perlu juga menoleh side mirror. dan kadang kadang perlu juga untuk u-turn agar kita segera kembali ke jalan lurus.

U-turn ke jalan lurus; Zul Ramli M.Razali

Sunday, February 26, 2012

again

Salam buat sahabat yang disayangi and diingati.
Aku. . .
Cuma nak cakap, IMISSHIM! i miss Mr dot dot.
Sekali lagi butir butir mutiara aku jatuh sebab dia.
Maafkan aku yaAllah. astaghfirullahhalazim. . .
Dah lama tak macam nie. Or lebih tepat aku boleh cakap maybe aku buat buat oke kowt selama nie.
Tapi hakikatnya diri aku nie, akurindudia!
YaAllah, kenapa rasa nie ada dalam diri aku? Still!
Kuatkan hati aku yaAllah.
Tabahkan diri aku yaAllah.
Walaupun jauh, tapi aku taw dia masih ada di situ.
Jauh tapi dekat sebenarnya.
Maafkan aku yaAllah.
Jangan biar mutiara aku jatuh lagi sebab dia.
Jadikan aku kuat seperti dulu yaAllah.
Seperti satu masa dulu.
Berilah dia kejayaan dan permudahkanlah segala urusannya yaAllah.
Sekalipun dia bukan untukku, jagakan dia untukku yaAllah.
Aku belajar untuk redha segalanya yaAllah. i'Allah.

AMIN


Wednesday, February 15, 2012

padan muke tapi maaf!

75 missed calls? haha! nak kate padan muke aku tak kejam. nak kate maaf? ye, just maaf barney. tapi tak pe. call yang ke-100 konfem kin jawab.

suke tak suke tak? suke taaaaaak!


Friday, January 13, 2012

07/01/2012 punye citer

ape korang rase bile ade someone bawak korang masuk dari satu kedai ke satu kedai brand fav korang and tanye "nak ape?". korang geleng kepale mulut cakap tak nak ape ape. that someone bawak korang kluar dari kedai tu and pegi kedai sebelah and tanye lagi "nak yang mane?". korang geleng lagi kepale and mulut cakap bende yang same. that someone tarik korang kluar dari kedai tu and pegi pulak ke kedai lain and tanye "nak ape? nak yang mane?". that someone ambil barang barang yang biasenye menjadi fav korang and tunjuk kat korang and cakap "ini cantik. suke kan?". korang diam and that someone pegi dekat barang lain and cakap "ini lagi cantik. sesuai sangat dengan awak. amek yang nie kayh". korang geleng and tarik that someone kluar dari kedai tu and cakap "tak nak ape ape pown. jom jalan jalan". that someone still tak puas hati sebab tak beli ape ape lagi untuk korang padahal korang tak mintak pown. and that someone tanye lagi semacam tak puas hati "awak nak ape sebenarnye? bg taw larr. kite pegi carik". and jawapan diberi "saya nak awak. itu jew yang saye nak. bole?". hah! baru larr taw diam kan. nanti mintak beli sume benda kang baru taw. haha!

Monday, January 2, 2012

the happiness 2011

A big thanx to ayah sebab walaupun penat baru balik keje tapi masih gagah bawak anak die sorang nie naek Genting for fireworks. Dah jadi kebiasaan dari zaman sekolah ayah akan bawak aku naek Genting untuk fireworks normally on ambang merdeka and countdown for new year. Emak dengan adek tak excited sangat. Dorang normally ikot mood. But for me, aku suke tengok. Sorang sorang pown tak der hal. Taon taon lepas memang slalu pegi 1 family. Tapi kalau ayah busy, dengan adek jew. Tapi tu pown klw adek tengah cuti larr. Tak pown dengan kazen. As my parents join me together this year, barney pown turut join sekali even die sedang bekerja. Well, barney memang kerja dia bole lari lari macam nie. So, gerak dari rumah dalam pukul 8pm. Sampai kat atas dalam pukul 9:20pm. But act sepatutnye kalau bukan public or ade fireworks macam nie it took only 30minutes untuk sampai puncak. Tapi sebab ade fireworks macam nie plus public holiday memang harapan larr nak sampai puncak dalam mase setengah jam.Dah sampai atas punye larr susah nak carik parking. Memang harapan larr nak dapat parking dekat dengan First World Hotel tu. Taon taon sebelum nie naek awal awal. Just untuk senang dapat parking. So pusing punye pusing dapat juga parking. Mr.barney dah msg and call tanye dah sampai kew belom. So, sesampai jew ayah ajak makan dulu. So ask barney untuk makan same. Lepas makan kitorang terus masuk outdoor as mom excited nak pegi outdoor coz mak dah lame sangat tak masuk situ. Jalan jalan and snap snap gambar. Seronok sangat jalan jalan dekat outdoor time memalam. Dengan kabus yang sangat tebal malam tu. Sejuuuuk! Plus berjalan dengan mak ayah and of coz barney ade skali. Adek jew tak der. Die tak cuti lagi time tu. Adek sepupu(angah) aku ade join skali. Ayah memang rajin snap pic. Posing posing dengan barney. Ade 1 pic tu (pic no.1 dibawah nie) kitorang 1 family+barney. Ayah yang suroh angah snap. Means what? haha! paham paham lerr.

Pic atas nie time 25/12/2011 aritu. Mak ayah cuti so pergi larr melawat adek dekat UniMap Arau Perlis nun jaoooooh di utara tu. Walaupun dari tarikh tu adek akan balik dalam sebulan jew lagi, tapi disebabkan ayah dah terlalu rindu dekat adek and tak dapat tahan, kami sekeluarga sampai jugak kat Perlis tu. Aku steady jew. Tak der pown rindu rindu nie. Mak berkali kali pesan dekat ayah tak payah pergi. Coz aritu mak ayah baru jew pegi sane jenguk adek. Tapi ayah nak pegi jugak. Ayah time tu kalaw dibiarkan pergi drive sorang sorang pown die tak der hal. So, daripada ayah pegi sorang, baik aku ngan mak follow. So, sesampai kat rumah adek, terus gerak ke Langkawi. Wohhoo! Mak bising sebab sebelum nie ayah mak dah pergi tengok adek and bawak adek jalan jalan shopping shopping at Langkawi. Tapi time tu without me coz aku keje time tu. Aku memang dah bising ajak ayah bawak aku pegi Langkawi. So, this is it. Ayah dah tunaikan. Aku diam jew larr time mak bebel pagi tu. Haha! Thanx ayah!

Pic diatas pula on 10/12/2011. That was really my big day! Yeay! its my convocation day and totally BIG for me! Person suppose to attend my big day fosho larr mom and dad kan. Tapi ayah nie agak susah sikit nak attend majlis majlis formal macam nie. And emak dah risaw sebab emak risaw kene duduk dalam dewan tu sorang sorang nanti coz ayah mesti tak tahan duduk lame lame dalam dewan tu then akan membawa dirinya kluar ambil angin di luar dewan. Haha! ayat gempaq kan aku. So emak mencadangkan aku untuk ajak barney datang konvo aku as barney pown memang excited dah bile dapat taw tarikh aku berkonvo. And barney pown dah offer kan diri untuk datang. And ayah pown bijak mengambil kesempatan disitu. haha! Drama sungguh! So dah deal yang akan attend my konvo is mom and barney. But at the very last minute, a day before i guest, ayah tetibe nak datang. At last on the date of 10/12/2011 everything settle. So just wanna type on short kronologi ok. Here we go!


4:30am-kejut barney and what surprised me is barney tengah bersiap. Cepat nye! Kene kejut barney awal sebab barney gerak dari Genting and barney the one yang akan drive and hantar saye ke konvo. Proud of you!


5:30-me and mom and dad dah siap and tengah ready untuk keluar dah. Sementare tunggu mom siap barney rehat rehat jap. Taw die tersangat larr mengantuk sebenarnye.


6:00am-ready and kluar rumah as dad dah bising coz takut lambat. Macam ayah pulak yang nak konvo. Aku yang nak naek pentas nie steady jew. Before kluar tu ayah hulur 1 beg kecik warne hitam nie. Aku tengok pown dah taw ape isi dalam tu. And that is! Betol! Its a camera. Digital camera. Ayah bagi sebab aku merungut sebab camera yang ayah bagi sebelum nie ade problem skit. Penutup bateri die dah loose. So bateri dei cepat habes. Pakai tak sampai sehari bateri dah merah. So, aku asek bising jew coz nak konvo kamera tak ade but pagi tu with surprise ayah bagi kamera baru. Tapi lepas konvo aku pulang balik kat ayah. Bukan hak aku. Cukup larr dengan ape yang ayah dah bagi sebelum nie. Aku yang tak reti jage elok elok. So kami bersarapan di kedai sedare kami di Sg.Choh. Dari sek rendah aku telan nasik lemak Cik Shima. Tersangat larr sedap. Tapi pedas. Kesian barney. After breakfast terus gerak to UPM Serdang di mana majlis konvo dilangsungkan. And ayah buat 1 lagi surprise. Aku inagt ayah terus gerak pergi kedai die. But ayah suroh barney follow jew ayah sampai Sg.Besi. Then akan split kat situ coz ayah nak pergi beli barang. But due to worry barney tak taw jalan padahal barney tersangat larr taw jalan tu, ayah hantar sampai pintu gerbang UPM. Then ayah call bagi taw ayah escort sampai situ jew. Then ayah u-turn. What a touched that moment. Tetibe rase nak nanges. Sweet kan ayah? Haiihh! Panjang larr pulak citer.


1:30pm-majlis selesai. snap snap pictures buat kali terakhir(fosho larr untuk kali terakhir. lepas nie harapan jew larr nak ade ramai ramai macam time tu lagi kan) dengan kawan kawan kelas. kawan kawan kolej. Then barney call. Pergi carik emak and barney. Dapat dua jambak bunge 1 kecik 1 besar. 1 dari emak 1 dari barney. And itu kali pertame aku dapat bunge sejambak yang besar macam tu dari seorang insan bernama barney. Eh eh! bukan bukan. Dari seorang insan bernama lelaki. And that what makesb my barney was so speacial! Barney, tambah lagi 1 ke-speacial-lan awak.


Lepas dah snap snap pic dengan kengkawan, snap posing plak dengan emak and barney. Then kejap jew dapat bergambar sebab ayah tetibe ayah call and tengah tunggu kat parking. Then ajak pegi lunch then pegi rumah atok jap kat Kajang. Dekat sangat dengan UPM tu. Again, another surprise by ayah. Tetibe datang coz nak jemput emak. Coz plan asal me and barney akan ke rumah kakak barney di Putrajaya pula lepas berkonvo. So, ayah datang untuk jemput emak. And surprise lagi bile dah sampai dekat ayah then tengok 1 of kawan dari sek menengah yang belajar di UPM tu ade dekat situ dengan ayah. Ini memang kebetulan. Kebetulan Ridzwan Radzi and Yazid ade dekat situ coz nak jumpe lagi sorang kawan kitorang yang turut berkonvo hari tu. Dah kene explain dekat barney! Naseb barney memahami.


So, kami gerak 2 kereta pergi lunch and singgah rumah atok kejap. Then gerak dari rumah atok sampai susur kluar to Putrajaya kereta barney split dengan ayah. Tetibe sayu plak rase. Haiih! Tacing tacing. Babai emak ayah! Esok syikin balik. Then me barney heading to Putrajaya.


From barney!

Ini pulak dari emak.


TQ emak!

And nie time dengan family barney lepak lepak at PD a day after the convocation.

Ini untuk emak ayah!
Thanx so much ayah emak and barney!



Nie pic time hantar adik to Perlis at Pudu Central. Memang sejak die study in MRSM lagi nie larr keje kitorang 1 family. Jemput die hantar die. Tak pew larr. Budak pandai memang kene dilayan begitu. Haha! Makin besar makin jaoh jew adik nie dari kitorng. Memang sedeh arr. Kalau die balik cuti, aku plak keje nun kat puncak tu. Time aku cuti dok umah tak der keje, die plak nun jaoh kat utara sane tu. Haiihh!


Pic atas nie pulak pada tarikh beberapa hari sebelum aku resign dari Genting as theme park assistant. Time tu dalam pukul 4:00am kitorang pergi makan kfc. Time tu barney habes keje pukul 2:00am then terus pergi kfc. Sayu jew time tarikh tu. Kitorang ramai ramai. Makan makan. Lepak lepak. Gelak gelak. Terase sangat yang aku akan tinggalkan dorang sume. Tapi dorang tak taw lagi time tu yang aku akan resign. What a memory.


So actually ade banyak sangat pic yang nak diupload actually. Tapi cukup larr sekadar bebrape jew untuk pencuci mate and sampingan kepada cerita dalam penulisan. Yang lain biarlah tersimpan dalam memori or i'Allah akan diupload sikit sikit ok. Ape pown setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi atas tahun 2011 yang telah berlalu ini. Terlalu banyak yang dilalui dan dipelajari dari tahun tahun yang lepas. Di harap tahun 2012 akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga Allah sentiasa memberkati and merahmati kita semua. Amin!

syukur alhamdulillah. . .