Dua hari balik dari kolej tidak menaiki tren. Dan hari ke-3, baru naik tren.
Hari yang penat. Its Friday, biasa lar.
Suasana berasak asak aku lalui semula untuk sem baru ini.
Dah terbiasa. Koc wanita kan ada. Selamat.
Meeting persatuan DHC membuatkan aku semakin sibuk. Penat. Terkejar kejar dengan masa.
Tak apa. Dah semester akhir. Tak lama pon lagi. Tinggal berapa bulan sahaja lagi aku kene tahan dengan tugas tugas yang terpaksa aku tanggung ini. Yang lain pon sibuk juga. Aku tak boleh lepaskan tanggungjawab ni macam tu saja. Biar lar aku buat selagi termampu.
Tren sampai pada waktunya. Berasak. Sampai.
KL-Rawang-Batang Kali.
Bangun dari tempt duduk untuk sedia keluar. Aku sorang saja yang bangun awal. Biarlah.
Menuju ke pintu (tren yg gerabak dia pintu kecik tu. Yang setiap hujung gerabak satu pintu tu).
Pintu aku cuba buka. Ketat. Cuba lagi. Arrgghh!! Kenapa pintu tren ni hari ni. Ketat. Tak boleh buka.
Ternampak button. Perlu tekan untuk buka pintu ke?
Atau aku perlu cuba di pintu hujung lagi satu tu?
Mahu ke pintu lagi satu. Tren pon sudah mahu berhenti. Penumpang lain bangun. Dan ramai lagi yang bangun.
Ah! Malas lah nak ke pintu lagi satu. Sesak. Dah ramai yang mahu turun.
Bila sudah ramai yang datang ke pintu, aku diam.
Tunggu dan biar saja lar mereka yang buka kan pintu tu. Ketat sangat.
Aku dibarisan yang ke-2. Ade aunty di depan aku.
Sengaja biarkan aunty tu ke depan. Biar dia saja yang buka kan pintu.
Tren berhenti sepenuhnya. Pintu pon terbuka dengan mudah tanpa ada sesiapa yang membukanya. Tak perlu tekan button juga.
Sambil melangkah keluar gerabak, aku sedar. Its an automatic door! LOL!
Berjalan bersahaja menuju ke kereta.
Dengan rasa yakin tak ada sesiapa yang melihat gelagat aku tadi.
Berusaha untuk buka pintu. Pintu outomatik.
What a funny of you today hah?! Crazy me. Yeah!
Cepat semua gelak puas puas. Bwahahaha!
Sepanjang sem lepas, tren Rawang-Batang Kali biasanya tren KTM lama.
Tren yang jalan jauh tu. Aku dah terbiasa dengan tren itu yang bila mana sudah sampai di station, kena buka pintu sendiri. Tarik pintu yang berat tu sendiri.
Kalau naik tren yang lama itu, aku memang suka bangun awal.
Aku pergi ke belakang dan buka pintu awal awal.
So that aku dapat bermain dengan angin sambil tren meluncur laju.
Tenang. Seronok kalau hujan. Tapi bahaya.
Jadi, untuk hari ke-3 sem baru aku ni, aku masih belum sedar yang tren aku naik kali ini adalah tren gerabak yang baru. Bukan lagi gerabak KTM lama.
Baru tiga hari mula sem. Aku masih ingat gerabak yang lama. Haisshh!!
Its an autonatic door larr ikin!
Happened on,
16 July 2010
Friday
16 July 2010
Friday
3 comments:
lebih baik tahu kan.
tQ for the info.
nanti kite tak kan tarik pintu tu..hihihi
sao: hehe! funny me lorh. cuti lame sngt smpai lupe psl tren tu pintu die automatik.
Post a Comment