Monday, September 20, 2010

e m o s i

Petang 19Sept2010-AHAD, pegi teman mak beraya rumah kawan dia. Memang malas. Maklumlah hari ni hari terakhir aku cuti. So, perasaan and fikiran aku tak betul. Selalunya bila sampai je hari last cuti, mulalah aku jadi macam tak betul. Fikir inilah, itulah. Fikir...owh dia! Ye. Masih fikirkan dia. Harap-harap dia sentiasa dirahmati Allah. Rindunya aku dekat dia. Tapi dia. . .Ah! Biarlah. Orang kata, kalau kita ingat or rindu pada seseorang tu, orang tu pun rasakan benda yang sama macam kita. Tipu! Ye, semua tu tipu je kan? Apa yang penting, aku tahu Allah sentiasa ada dengan aku selagi aku tak lupakanNya. InsyaAllah. . .Yelah. Dengan siapa lagi aku boleh mengadu itu dan ini kan kalau bukan denganNya. Orang lain, sahabat, bff, belum tentu rela nak dengar rungutan atau curahan aku ni kan. Tak apa. Aku faham. Awak, awak jaga diri ye. Fokus dalam pelajaran ye. Semoga awak dapat capai cita-cita yang awak idamkam selama ni. Saya...saya rindu awak sangat sangat. MAAF! Haha. Gedik kan. Saja je lar. Bukan selalu.

* * * * * * * * * *
Selesai beraya rumah kawan mak, pergi pula ke rumah jiran lama kami sekeluarga. Anak jiran tu, best friend aku dari kecil. Tapi tak lama. Bila aku masuk darjah empat, tahun 2000 aku pindah. Jadi hubungan kami terputus macam tu je. Tapi bila dah besar ni, dengan teknologi itu ini aku dapat contact semula dengan kawan lama aku tu. Aku bagi nama dia H lar ye. Senang nk sebut dlm cerita ni. Bila aku dan mak sampai je depan rumah H ni, tengok ada khemah. Wondering. Ada kenduri ke? Khemah ni kat rumah H or rumah jiran? Mak buat keputusan untuk datang lagi kemudian hari. Takut-takut kalau kedatangan kami ni menganggu keluarga H. Lain kali lar aku datang rumah kau H.

Sampai-sampai dirumah. After aku selesaikan semua kerja yang aku patut buat, mandi, kemas and bersihkan rumah, prepare untuk class esok, solat, aku terus on laptop. Rutin biasa yang aku buat. Laptop ni 24jam sentiasa on. Ok, itu aku tipu jew! Aku on laptop and update segala perkara yang rakan-rakan aku buat di FB. Tengok pictures raya terbaru mereka, lagi-lagi pictures sempena farewall Fadia and pictures raya bff. Then, aku buka satu album yang pictures nya diupload oleh seorang teman lama ni, M. Tapi gambar yang M upload tu bukan lar gambar M. Tapi gambar H. Gambar H dengan TUNANG dia. Ye, gambar tunang H. Sebenarnya tu gambar masa majlis pertunangan H dengan tunang dia, kawan kitorang dari kecil juga. H bertunang dengan H juga. Kami semua berkawan dari kecil. So, aku agak terkilan coz aku hampir-hampir je nak datang rumah H. Tapi tak apa lah. Mugkin tak ada rezeki aku nak tengok H bertunangn. Apa pon aku doa kan semoga H & H akan kekal sampai akhir hayat dorang. Lama kot dorang dah berkawan. So, jangan sia-sia kan perkenalan dan persahabatan korang sejak bertahun-tahun ni ok.

So, esok mulalah rutin harian aku yang penat lagi membosankan tu. Rutin harian ke kolej yang memakan masa hampir dua jam untuk setiap perjalanan. Haha! Jauh kan? Pegi Melaka pon lebih kurang dua jam. Baik aku pegi Melaka kan. Tak apa. Kuatkan semangat aku ya Allah. Sampai awal bulan Nov je aku kene tempuh semua dugaan ni. Lepas final exam, aku merdeka! Yeay! Tapi merdeka untuk cuti sem5 je lar. Tapi at least sem6 aku dah tak perlu berulang jauh and penat macam sekarang nie. Sebab sem6 aku akan pergi LI. Harap-harap lar aku dapat buat LI dekat tempat yang aku apply tu. Amin.

Berikutan mood aku yang tiba-tiba berubah jadi emo tu, aku rasa macam nak menangis. Kawan aku happy coz baru bertunang. Tapi aku. . .Kawan aku happy nak pergi belajar luar negara. Tapi aku. . .Kawan aku happy di universiti masing-masing. Tapi aku. . .And and. . .dia happy. Tapi aku. . .

Emosi semakin tak terkawal sampai post status yang emo di FB. Tak pedulikan orang lain dah. Selang beberpa minit, message masuk ke inbox handphone. Terasa seperti ada seseorang yang faham akan perasaan aku masa tu. Tengok di screen handphone. Owh! Nama dia. Seseorang yang memahami masalah aku, perasaan aku, yang ambil berat hal aku, yang selalu ingat aku. Dialah BFF aku. Best Friend Forever aku! Aku mengagak mesti dia ada terbaca status aku di FB. Sebab itulah dia text aku. Aku balas message yang disend oleh sahabat. Sahabat menyatakan dia dah terlihat status aku di FB. And sebab tu lah dia mesej aku untuk meminjamkan bahunya. Need a shoulder to cry on lar katakan at that moment. Aku ceritakan segala apa yang aku rasakan masa tu. Tapi aku masih lagi cover supaya sahabat tidak rasa terbeban dengan luahan aku. Setelah aku dapat tenangkan fikiran, ngantuk. Aku tido setelahh sahabat mengucapkan selamat malam. Terima kasih wahai sahabat. Terima kasih kerana sentiasa concern dengan diri ni. Terima kasih kerana sentiasa ada setiap kali aku memerlukan pendengar walaupun kita berjauhan. Terima kasih! Aku haraginya. Arigato'. My tears drop coz of your concerns. TQ!