22/09/2010
8.30-ktm btg kali.
"kejap lagi mak ambik ok?"
"huh! tak keluar lagi ke?." Marah.
"mak pergi open house kejap. mak gerak sekarang."
"kayh." Button merah aku tekan.
Tunggu. Tunggu dan tunggu. Nak dekat 9.00 pm.
"Mana larr mak nie. Orang lain semua dah ada yg jemput. Tinggal aku sorang jew nie." Bermonolog dalaman.
"Dik, nak teksi?."
"Tak, thanx!"
"Adik tunggu siapa? Ada orang jemput tak?"
"Saya tunggu emak lar." Mengeluh. Marah. Sibuk betul lar pak cik nie!
Sibuk jew orang sekeliling nie.
Tiba tiba. . .Tangan kesat mata. Butir butir mutiara dibersihkan.
Relax. Cool down. Sendiri menenangkan fikiran yang berkecamuk.
Kenapa kena lalui semua nie?
Terasa amat amat memerlukan mereka mereka tika itu.
Mereka. Dia, kamu, engkau dan korang.
Tak semua dari mereka; dia, kamu, engkau dan korang yang memahami.
Owh dia! Mugkin dia dapat membantu. Nombor dia disearch.
Send message. Delivered.
Arrgghh! No reply. Or might be late a bit. Ah! Lantak lah.
Memang mereka tak pedulikan. Sory, maybe dia tak peduli.
Huh! Incoming call. Ada respon. Tanggapan aku salah. Thanx for calling back.
Otw balik rumah. emak, aku, masing masing on silent mode dalam kereta.
Aku memang tak akan bersuara. Tengah marah. Peduli apa.
tapi. . .itu emak aku. ah! Diam jew lar dulu.
"dah makan?"
"belum."
"nanti balik makan. Mak nak pergi open house."
"em."
Kepada this sahabat, thanx sebab sudi dengar.
TQ sangat wahai sahabat!
Lepas mengadu, baru rasa yang hal itu bukan lar masalah besar.
Cuma aku jew yang cengeng. Senang menangis. Ye, sangat senang.
Padahal, emak cuma terlambat jemput jew sebab seronok beraya.
Sebab kadang kadang aku juga perlu bagi emak ruang untuk berseronok beraya bersama teman teman.
Tapi pada malam itu, tidak. Aku tak boleh tunggu even lambat 10minit pown.
Aku cuma fikirkan penat aku, lapar aku. Tanpa aku fikir pengorbanan emak yang terpaksa ikut time schedule aku sehari hari.
23/09/2010
"mak, apa bintik bintik merah nie?"
"denggi ke?"
"huh!"
"akak rasa gatal gatal tak? pening kepala tak?"
"memang gatal. hari hari pening kepala kowt."
"tapi mak rasa macam demam campak larr kak."
bla bla bla bla.
tidur malam yang diselubungi kerisauan.
aku kene demam campak ke? or denggi ke?
kalau demam campak macam mane? kene mc seminggu?
macam mana dengan class? assignment? presentation?
kerja dah lar tengah meninbun sekarang nie. macam mane nie?
haiiihh! Serabut!
Akhirnya terlena juga.
24/09/2010
"Akak dekat kolej jangan kena hujan"
"owkayh"
Jangan makan itu jangan makan ini. Pesanan pesanan pesanan.
"yelar yelar."
2.30 pm.
"macam mana bintik bintik tu? gatal lagi?"
"rasa macam makin gatal lar. makin banyak bintik bintik merah"
"pergi klinik lar."
"sukati lar." Malas. Aku tak suka sakit. Sebab kene pergi klinik or hospital. Dapat ubat dari doktor. Kena makan ubat. Kena pantang. TAK SUKA!
Selesai urusan hospital.
Doktor nie leceh lar. Suruh datang lagi hari Isnin. Dia nak confirm kan sama ada bintik bintik tu chicken pop (or pox? which 1 huh?) or not.
But for sure its not denggi or demam campak.
If bukan chicken pop dapat mc for Monday only.
But if it was chicken pop get mc for more few days.
wtv. Tengok jew lar Isnin nie macam mana.
Adik mesej tanya khabar. And khabar aku still the same. Still berbintik bintik 1 badan.
Tapi Alhamdulillah after 3 days, gatak gatal dah kurang. Just tinggal parut jew.
Adik cakap mungkin ujian nie disebablan aku ada buat salah dekat mana mana kowt.
Yelar. Time time aku sibuk, banyak assigment, kerja, kolej, kelas apa semua nie lar penyakit nie nak serang.
So, aku setuju dengan apa yang adik cakap tu. Memang ak ada buat silap kowt.
And aku rasa aku tau kat mana.
Mesti kes hari Rabu tu. Mak lambat ambik aku coz pergi beraya.
And aku pulak nak marah, naik angin, emo, touching tak tentu pasal. Padahal benda tu kecik jew kowt. Lambat ambik jew. Lambat 10 minit jew pown. Itu pown aku nak hangin.
Dah tentu tentu lar mak aku tak sengaja kan.
Aku masa tu just fikir penat aku jew. Penat emak aku tak fikir.
Emak pown nak jugak seronok seronok beraya dengan kawan dia kan.
Turn aku dah lepas. Time raya, kawan kawan datang rumah, emak yang siap kan semua.
Masak itu ini. Time kawan kawan and sedara datang rumah aku keluar beraya. Aku duduk online dalam bilik.
Mungkin nie lar sebabnya aku diuji sekarang nie.
Betul lar adik cakap. Sakit aku nie, Allah bagi atas balasan sikap aku. Maybe.
Sebab sekarang nie, aku tengah sakit nie, emak lar insan yang paling risau.
Insan yang paling tak duduk diam.
Emak tanya orang itu ini untuk mintak pendapat pantang larang sakit chicken pop nie.
Carik daun itu ini untuk hilangkan gatal.
Masak itu ini makanan yang tak menggatalkan.
Carik air kelapa. Pujuk aku suroh makan ubat. Pujuk kau suroh minum air kelapa.
Pesan kat aku jangan makan itu ini. Jangan buat itu ini dekat bintik bintik tu.
Aku teringin makan macam macam time sakit nie. Tapi kena pantang makan.
Aku nak makan nasi lemak. Emak pergi cari orang yang jual nasi lemak yang masak sambal tak pakai belacan. Dapat lar aku makan nasi lemak. Nasik lemak+sambal+timun jew. Tak puas.
Emak masak lauk lauk yang aku boleh makan jew.
Pinggan makan pun emak yang basuh. Aku disuruh rehat, rehat dan rehat jew.
Takut badan aku gatal gatal.
Emak emak! Terlalu banyak berkorban.
Betul apa yang adik cakap. Aku mesti ada buat silap dimana mana.
Dan sekarang aku sedar. Dan aku dah pun dapat balasannya. Sekarang aku sakit, emak yang bersusah payah jaga aku.
Terima kasih emak!
Jasamu tak terbalas.
2 comments:
terbayang muke mak ikin..
terharu kan.
sao: aah. after hari yg tacing ngan mak tu, rase menyesal.
Post a Comment