Saturday, June 11, 2011

A !!!

aku yang bermasalah atau masalah yang bermasalah dengan aku?
atau keadaan yang membuatkan aku jadi macam nie?
kenapa aku selalu macam nie?
dan kenapa selalu mesti A? kenapa tak B atau C? kenapa?
aku mencari jalan penyelesaian untuk kekusutan dan kemalasan hari esok.
awal penemuan bagi mengatasi kekusutan itu, semuanya baik jew.
aku happy dengan keadaan yang aku pinjam ketika itu.
aku lega sebab merasakan aku telah mendapat penawar untuk hari esok.
tapi atas dasar pinjam, semua itu sementara jew.
sangat sementara.
tak boleh kew aku pinjam ia untuk lebih lama?
kenapa perlu sementara?

happy yang aku pinjam sementara itu berubah menjadi satu perasaan yang aku sendiri tidak senang.
bukan tidak senang. itu sudah semacam kejam.
tapi......perasaan yang umpama aku telah kaku seperti patung.
tak mampu untuk bergerak atau berkata kata.
aku tergamam.
terasa mata seperti empangan yang mahu pecah.
tapi masih boleh ditampung.
berbuat seperti tidak ada apa apa yang janggal.
buat buat seperti normal.
kemudian seperti tidak pernah dikenali.
dan akhirnya terpisah semula.
satu di sini. satu pergi.
membawa diri. diam. cuma keadaan sekeliling yang bersuara.
jasad berada di di situ. tapi................
tapi fikiran entah kemana.
fikiran seperti mengikut ia pergi.
pergi bersama 1001 persoalan. kenapa?
pinjaman yang diharap dapat menyembuhkan malah seperti bertambah sakit.
namun terpaksa dilawan.
tak mengapa. mungkin ini yang dinamakan kehidupan.
atau mungkin ini memang nasib yang selalu harus aku terima.
aku redha kerna semua ini datang dari Dia.
cuma Dia jugalah yang berkuasa atas segalanya.
itu yang membuatkan aku kuat.
sedangkan aku ternyata sangat lemah.

dan lagi. oh ya! A lagi.
kenapa perlu A lagi dan lagi dan lagi.
ye! dari dulu kenapa perlu A?
dan kini perlu A lagi. kenapa?
kenapa perlu ada perasaan ini?
dan kenapa perlu pada A juga?
aku tak faham.
susah untuk aku faham.
yang aku tahu, Allah sentiasa ada bersama.
itu yang membuatkan aku kuat. A!

macam macam A. kenapa sekarang A-em?
omaigod! nie mesti pasal hari tu.

1 comment:

FarizAtie said...

hyeeee...salam perkenalan..
hmm..berabara atas setiap dugaannye dan cubaannye..ok..

sabar tu besar ganjarannya..trust me k